Paid2YouTube.com

Tuesday, July 9, 2013

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Bulan Ramadhan
Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”
Lafaz niat puasa


Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.



Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu Berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Doa berbuka puasa


niat buka puasa 3 jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2013 1434h malaysia
Doa Berbuka Puasa
Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Doa Selepas Berbuka Puasa

SUMBER Madrasah Nadhah Hasanah

Persoalan niat puasa Ramadhan untuk sebulan ATAU perlu niat puasa Ramadhan tiap-tiap hari ...?

SUBHANALLAH~MAHA SUCI ALLAH

Bolehkah kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan tanpa perlu berniat puasa Fardu Ramadhan tiap-tiap hari?

Jawabnya pendapat bagi niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan ini sebenarnya bukanlah pendapat daripada mazhab Syafie. Pendapat dalam mazhab Syafie ialah berniat puasa fardu Ramadhan adalah wajib tiap-tiap hari. Umpamanya esok mahu berpuasa makanya malam ini kita berniat puasa Fardu Ramadhan. Begitulah untuk hari-hari yang seterusnya. Maka bagi kita yang selama ini sentiasa berpandukan atau berpegang pada pendapat-pendapat dalam mazhab Syafie hendaklah niat tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan.

Maka persoalannya, adakah boleh kita amalkan pendapat yang mengatakan boleh niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan?

Jawabnya tiada masalah untuk kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan TETAPI perlu juga kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.

Jadi timbul pula persoalan, apa gunanya kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan dan niat pula puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari?

Jawabnya jika dalam bulan Ramadhan itu ada hari yang kita terlupa untuk berniat puasa umpamanya pada hari ke-10 Ramadhan kita terlupa untuk berniat puasa maka perbuatan kita terlupa itu dimaaf dan puasa kita pada hari itu adalah sah kerana kita sudah berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan. Dalam situasi ini, niat puasa sebulan yang kita niatkan pada awal Ramadhan itu akan menampung hari yang kita terlupa untuk niat puasa itu.

Jadi yang terbaiknya ialah kita berniat untuk puasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan kemudian kita berniat pula puasa Fardu Ramadhan untuk esok iaitu hari pertama puasa Ramadhan itu. Dan untuk hari-hari berikutnya kita berniat puasa tiap-tiap hari seperti biasa.

Niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan lebih kurang begini, ”Sahaja aku puasa Fardu Ramadhan, sebulan penuh dalam bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”.

Dan niat puasa untuk tiap-tiap hari seumpama beginilah, ”Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Sebagai penambahan, berniat puasa Fardu Ramadhan tidak disyaratkan dalam keadaan berdiri, tenang dan sebagainya. Boleh berniat puasa Fardu Ramadhan ketika dalam solat. Umpamanya ketika sedang tahiyyat akhir solat Fardu Maghrib, boleh berniat puasa pada ketika itu. Boleh juga berniat puasa ketika sedang berbuka puasa dan sebagainya. Berniat puasa tidak disyaratkan dilafaz pada lidah, sekiranya dilafazkan pada lidah sekalipun niat itu maka tiada cukup kerana wajibnya ialah dihadirkan niat itu di dalam hati. Berniat puasa itu ialah pada waktu malam.

Apa yang dimaksudkan dengan waktu malam?

Jawabnya yang dimaksudkan dengan waktu malam ialah suatu waktu daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar. Maka tiada puasa Fardu Ramadhan bagi orang yang berniat puasa Fardu Ramadhan pada siang hari.

Kesimpulannya, boleh berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan DAN perlu juga ke atas kita untuk berniat puasa Fardu Ramadhan bagi tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.

Apa yang ana taipkan di sini terpulanglah pada siapa yang mahu percaya atau tidak mahu percaya, setiap huruf yang ana taipkan di sini, untuk artikel ini atau artikel yang lain-lainnya, untuk saat ini dan saat-saat yang sebelumnya adalah menjadi tangunggjawab ana dunia dan akhirat. Inilah diantara bekalan ana untuk dibawa berjumpa Allah di akhirat nanti.

Kepada saudara-saudara di Indonesia yang sudi membaca artikel ini dan artikel-artikel ana yang lain terima kasih dan setahu ana ada juga yang sebarkan artikel-artikel ana pada saudara-saudara yang lain alhamdulillah. Berlainan negara walaupun berjauhan tetapi Islam menyatukan kita semua menjadikan kita sebagai saudara. Sebenarnya ana cuba sebaik mungkin untuk menaip perkataan-perkataan yang moga-moganya dapat difahami oleh kalian semua. InsyaAllah. Ini alamat facebook ana, sekiranya ada perkataan yang kurang difahami maka boleh tanya di sini. [ https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn ]


Allahua'lam.


** Sebar2kan pada saudara2 kita yg lain, kalau tak nak sebar pun cukuplah dibaca setiap apa yg ana sebarkan. Moga Allah kurniakan kefahaman agama pada kita semua insya-Allah.

*** Setiap apa yang ana sebarkan yang mengandungi hukum dan sebagainya berdasarkan pendapat mazhab Syafi’e


[ditaip oleh AL AZHAR ADDIN] 27 JULY 2011


[ https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn ]

[ http://sahabatmusleem.blogspot.com/ ]



Niat Puasa Bulan Ramadhan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
make-money-468x60